Takdir temukan kami =)

15 MARCH 2012

Kami yang dulu hanyalah sebagai kawan biasa . Terserempak di Kajang , berbual di MYSPACE . Hanya sebagai kawan biasa tiada lebih dah sebagainya . Setelah sekian lama menyepi , tidak mendengar khabar . Tidak aku duga akan terserempak dengan si dia kembali dan tidak aku duga juga pada masa yang sama aku lepak dengan seorang perempuan yang bergelar KAKAK si dia . Sememangnya dunia ini tidaklah besar mana . Pertemuan itu bukanlah pertemuan yang agak panjang dan bukanlah untuk membuatkan kami berbual kembali di laman sosial . Kerana itu bukanlah pertemuan yang dirancang . Selepas pada itu , agak lama juga menyepi kembali . Dan pada tahun seterusnya , sekali lagi kami terserempak atas pertemuan yang tidak dirancang . Tetapi agak pelik juga , kerana pertemuan yang tidak dirancang itu bukannya sekali , tetapi berkali-kali . Mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan yang tidak dirancang itu . Beberapa hari kemuadian , sedang aku syok bertwitter . Terlintas twitter si dia . Pada masa itu aku mula menegurnya kembali . Niatku hanya untuk berkawan dan tidak lebih . Tidak aku jangka si dia akan mesej aku pada hri seterusnya . Dan pada saat itulah hubungan kami semakin rapat dan semakin rapat . Aku sendiri tidak tahu apa yang sudah tertulis pada diari hidupku untuk masa hadapan , tetapi aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bersama si dia . Menjadi sebahagian dari hidup si dia . Pada 15MARCH2012 si dia telah menjadikan aku sebahagian dari hidupnya , dan aku menerima si dia menjadi sebahagian dari hidupku *kalau sudah suka buat apa nak sembunyikan lagi kan* . Cukup sampai disini sahaja leteran ku buat masa ini . Assalamualaikum =)