Dua hati menjadi satu .



Sememangnya tuhan akan temukan kita dengan insan yang salah sebelum kita bertemu seorang insan yang betul dan ikhlas bersama kita supaya kita kenal erti kecewa , erti sedih , erti gembira , erti penyesalan dan supaya kita dapat menjadi penilai yang baik . Mungkin selama ini aku mengecewakan dan mungkin juga aku dikecewakan . Tapi aku hanya mampu redha , kerana tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik pada hari seterusnya. Kadang aku berdoa , sering berdoa . Supaya aku ditemukan dengan seseorang yang ikhlas bersama aku . Ikhlas menerima aku apa adanya . Sentiasa ada bersama aku kala aku susah , kala aku senang . Aku ingin bahagia ! kerana tiada manusia inginkan kesedihan . Mungkin kini , tuhan telah mendengarkan doa aku selama ini . Kini aku bahagia bersama seorang insan yang sangat istimewa . Dia bukan sahaja kekasih hati aku , malah dia adalah sahabat aku , dia adalah hero aku . Aku bersyukur kerana ditemukan dengannya . Dia mampu menceriakan hariku, dia mampu bahagiakan aku . Lebih baik sayangkan seseorang yang  sayangkan kita daripada kita sayangkan seseorang yang tidak pernah sayangkan kita. Dengan izin Allah , kami akan bersama selamanya , bahagia bersama . Insyaallah =)