Happy Birthday =)

 Happy Birthday Sayang 

Sememangnya birthday si dia dah lepas . Tapi terasa hati tak senang kalau tak celebrate birthday si dia :) . Disebabkan pada hari lahirnya dia takde dekat Kajang  so lambat lah celebratenyaa hehe . Awakkkk ! selamat hari kelahiran yang ke 18 . Semoga awak bahagia selalu , itulah yang selalu saya harapkan . Menjadi anak yang soleh , berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi , dirahmati Allah s.w.t . Amin !!





Saya nak awak tahu, saya sayangkan awak.


Hidup ...... memang tak lepas dari membuat salah . Kadang-kadang saya benci diri saya sendiri . Sebab saya masih tak mampu bahagiakan awak sepenuhnya . Saya selalu cuba buat yang terbaik untuk awak . Saya cuba menjadi wanita yang tak kuat jealous . Tapi saya tak mampu ,sebabnya saya terlampau sayangkan awak . Saya tahu saya ego , tak pernah nak mengalah , saya kasar dengan awak . Awak pernah cakap , awak benci saya . Tipu kalau saya kata saya tak sedih . Bila saya teringat kata-kata awak , saya mula moody . Saya rasa saya memang tak berguna . Saya selalu sakitkan hati awak . Saya cari pasal dengan awak . Tapi satu je saya nak awak tahu . Saya sayangkan awak , awak nak tahu kenapa saya sayangkan awak ?? sebabnyaa , awak tak macam lelaki lain . Awak selalu bahagiakan saya , awak selalu buat saya gelak , awak selalu tolong saya , awak ambil berat tentang saya , awak marah saya , awak manjakan saya , awak sanggup buat apa je untuk saya . Setiap saat saya ingatkan awak , tak pernah lepas dri fikiran saya nama awak. Orang selalu kata 'tidak semua cinta itu akan diakhiri dengan kebahagiaan" .Tapi saya berharap , biarlah cinta yang saya ketemu sekarang adalah cinta yang akan diakhiri dengan kebahagiaan . Terima kasih atas kasih sayang yang awak berikan pada saya , terima kasih jaga saya , terima kasih marahkan saya , terima kasih manjakan saya . Saya tak pernah dilayan manja mcm mana awak layan saya . Saya bersyukur dapat kenal awak , saya bersyukur dapat bersama awak .

Dua hati menjadi satu .



Sememangnya tuhan akan temukan kita dengan insan yang salah sebelum kita bertemu seorang insan yang betul dan ikhlas bersama kita supaya kita kenal erti kecewa , erti sedih , erti gembira , erti penyesalan dan supaya kita dapat menjadi penilai yang baik . Mungkin selama ini aku mengecewakan dan mungkin juga aku dikecewakan . Tapi aku hanya mampu redha , kerana tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik pada hari seterusnya. Kadang aku berdoa , sering berdoa . Supaya aku ditemukan dengan seseorang yang ikhlas bersama aku . Ikhlas menerima aku apa adanya . Sentiasa ada bersama aku kala aku susah , kala aku senang . Aku ingin bahagia ! kerana tiada manusia inginkan kesedihan . Mungkin kini , tuhan telah mendengarkan doa aku selama ini . Kini aku bahagia bersama seorang insan yang sangat istimewa . Dia bukan sahaja kekasih hati aku , malah dia adalah sahabat aku , dia adalah hero aku . Aku bersyukur kerana ditemukan dengannya . Dia mampu menceriakan hariku, dia mampu bahagiakan aku . Lebih baik sayangkan seseorang yang  sayangkan kita daripada kita sayangkan seseorang yang tidak pernah sayangkan kita. Dengan izin Allah , kami akan bersama selamanya , bahagia bersama . Insyaallah =)

Takdir temukan kami =)

15 MARCH 2012

Kami yang dulu hanyalah sebagai kawan biasa . Terserempak di Kajang , berbual di MYSPACE . Hanya sebagai kawan biasa tiada lebih dah sebagainya . Setelah sekian lama menyepi , tidak mendengar khabar . Tidak aku duga akan terserempak dengan si dia kembali dan tidak aku duga juga pada masa yang sama aku lepak dengan seorang perempuan yang bergelar KAKAK si dia . Sememangnya dunia ini tidaklah besar mana . Pertemuan itu bukanlah pertemuan yang agak panjang dan bukanlah untuk membuatkan kami berbual kembali di laman sosial . Kerana itu bukanlah pertemuan yang dirancang . Selepas pada itu , agak lama juga menyepi kembali . Dan pada tahun seterusnya , sekali lagi kami terserempak atas pertemuan yang tidak dirancang . Tetapi agak pelik juga , kerana pertemuan yang tidak dirancang itu bukannya sekali , tetapi berkali-kali . Mungkin ada hikmah di sebalik pertemuan yang tidak dirancang itu . Beberapa hari kemuadian , sedang aku syok bertwitter . Terlintas twitter si dia . Pada masa itu aku mula menegurnya kembali . Niatku hanya untuk berkawan dan tidak lebih . Tidak aku jangka si dia akan mesej aku pada hri seterusnya . Dan pada saat itulah hubungan kami semakin rapat dan semakin rapat . Aku sendiri tidak tahu apa yang sudah tertulis pada diari hidupku untuk masa hadapan , tetapi aku sendiri tidak pernah terfikir untuk bersama si dia . Menjadi sebahagian dari hidup si dia . Pada 15MARCH2012 si dia telah menjadikan aku sebahagian dari hidupnya , dan aku menerima si dia menjadi sebahagian dari hidupku *kalau sudah suka buat apa nak sembunyikan lagi kan* . Cukup sampai disini sahaja leteran ku buat masa ini . Assalamualaikum =)